Kebudayaan Kuala Terengganu

Keseniaan

Songket

Selain daripada kaya sumber alam semulajadi Terengganu juga tidak lekang menjadi buah mulut masyarakat melayu dengan kehalusan tenunan songket sejak abad ke 15 lagi. Seni tenunan ini di warisi turun temurun oleh masyarakat di sini. Songket biasanya di tenun menggunakan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama benang emas atau perak. Asal perkataan songket wujud daripada perkataan “sungkit” iaitu teknik menyungkit atau menyulam dengan benang emas dan perak.

Dahulunya songket sebagai lambing kebesaran raja-raja dan pembesar istana. Tapi kini penggunaan songket dah semakin meluas dan orang kebanyakan juga turut memakainya terutama pada majlis perkahwinan, hari raya, majlis keraian dan sebagainya. Yang berkunjung ke Kuala Terengganu biasanya pasti akan mendapatkan sepasang dua kain songket di Pasar Payang atau Bazaar Warisan untuk di bawa pulang. Corak atau ragam hias songket adalah seperti tapak manggis, pucuk rebung, Selak berantai, lawi ayam dan banyak lagi terutamanya yang bermotifkan flora dan fauna. Kawasan pembuatan tenunan songket secara tradisional yang popular di Kuala Terengganu adalah di Kampung Binjai Chendering, Kampung Pulau Musang, Kampung Losong dan Kampung Bukit Kubang Jambu. Selain itu terdapat juga kilang tenunan songket di Kompleks Kraf Noor Arfa, Chendering dan KMZ Songket di Kampung Tebakang.

Ukiran kayu

Makanan tradisi

Nasi Dagang

Nasi dagang Terengganu.

Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa. Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.

Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak. Di Kuala Terengganu, tempat yang mempunyai banyak warung dan restoran menjual nasi dagang ikan tongkol adalah di Kampung Ladang, Batu Burok dan Dataran Shahbandar.

Sukan dan rekreasi

Di Bandaraya Kuala Terengganu terdapat 2 buah Stadium,iaitu Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang terletak di tengah-tengah Pusat Bandaraya Kuala Terengganu,Dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang terletak di Gong Badak,Kuala Terengganu,Kedua-dua Stadium ini menjadi Stadium tuan rumah bagi Pasukan Terengganu FA dan Pasukan T-Team FC.

Media

Di Bandaraya Kuala Terengganu terletaknya stesen Radio Terengganu FM,Dan stesen Radio Hot FM Teganu.

Berkaitan